Aidil Fitri PAS Dungun dihadiri 18,000 tetamu

DUNGUN: Jamuan Kesyukuran dan Sambutan Aidil Fitri PAS Kawasan Dungun telah dirai meriah oleh sekitar 18,000 tetamu pelbagai lapisan masyarakat dan kaum.
 
Dijayakan seramai 600 petugas sukarela yang berkhidmat melayan tetamu, menu utama majlis menyediakan 46 kawah gulai daging kepada para hadirin.
 
Semua tetamu diraikan pimpinan PAS Dungun diketuai Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli selain turut sama para pimpinan PAS Negeri Terengganu.
 
Para tetamu turut dihiburkan dengan persembahan oleh kumpulan Seedrain, Sahabat Akustik dan penggiat seni tempatan lain pada majlis di Arena Merdeka, di sini semalam.
 
Bersama hidangan juadah raya, kemeriahan juga dilihat atas keraian terhadap kanak-kanak menerusi agihan duit raya oleh Ustaz Wan Hassan. -HARALAHDAILY 8/7/2018
 
Advertisement