UEC: Wajarkah iktiraf dan implikasinya?

UEC ialah sijil yang dikeluarkan oleh sekolah Cina swasta, sekolah yang mekar di zaman penjajahan British untuk mengekalkan jati diri Etnik Cina walaupun jauh terpisah daripada Tanah Besar China. Masyarakat pelombong Cina pada abad ke-19 bagi melindungi identiti bangsa telah berusaha membangunkan Pendidikan Cina. Bagi memastikan berlakunya mobiliti sosial berlaku sijil persekolahan disediakan bahkan lepasan sekolah-sekolah Cina dapat melanjutkan pendidikan tinggi ke Taiwan dan China.

Advertisement

Mengapa kita tidak boleh mengiktiraf sijil ini di negara kita dan apakah kerugian mengiktiraf UEC terhadap sistem pendidikan negara ini? Walaupun taraf UEC lebih tinggi penarafannya berbanding STPM, tetapi kita akan hilang identiti sebuah negara bangsa bahkan meremahkan sistem penarafan pendidikan yang sedia ada.

Sekolah Swasta Cina menggunakan silibus dari China, menggunakan sejarah Negara China, menggunakan Mandarin sebagai bahasa rasmi mereka dengan matlamat pengukuhan jati diri bangsa malah melahirkan sikap etnosentrism.

Dengan latar belakang ini, adakah mereka ini akan mempunyai rasa kasih dan sayang yang sejati kepada Malaysia, bahkan mampu merapat jurang intergrasi antara kaum? Mengapa perlu mengiktiraf persijilan mereka sekiranya ia merupakan pilihan mereka untuk bersekolah Swasta Cina seterusnya membina tembok kaca antara kaum. Kita telah merdeka lebih 60 tahun, namun hubungan antara kaum tetap suram dan hambar.

Mengiktiraf UEC bermakna, kita telah melakukan dua kesilapan besar iaitu pertamanya, memandang rendah pada sistem sedia ada dan penarafan persijilan serta melonggarkan ikatan negara bangsa yang telah dibina sejak lama dan akan membawa kepada ketiadaan jati diri serta mendobrak kesetiaan kepada negara.

Pengiktirafan UEC ini, bermakna satu lagi benteng negara dan kontrak sosial akan dirombak sedikit demi Kerajaan PH mengheret kepada ketidakharmonian antara kaum dan agama, mereka memicu kepada kebencian antara kaum. – HARAKAHDAILY 8/7/2018