Pelantikan Setiausaha Politik Presiden PAS

YB. Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah bersetuju melantik Mohd Syahir bin Che Sulaiman, Pengarah Strategi Dewan Pemuda PAS Malaysia sebagai Setiausaha Politik Presiden PAS yang baharu menggantikan YAB. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar yang telah dilantik sebagai Menteri Besar Kerajaan Negeri Terengganu.

Advertisement

Pelantikan ini telah dimaklumkan dan disahkan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 8 Julai 2018 di Kuala Terengganu.

Mohd Syahir bin Che Sulaiman adalah lulusan Sarjana Pengajian Pembangunan (Master of Development Studies) dari Universiti Malaya (UM) dan Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Karier beliau yang terkini adalah sebagai Penolong Naib Presiden (AVP), Development Strategy di sebuah syarikat korporat terbesar negara.

Dalam PAS Mohd Syahir bin Che Sulaiman adalah EXCO Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) memegang peranan penting sebagai Pengarah Strategi DPPM.

PAS Pusat merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas sumbangan yang telah diberikan oleh YAB Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar sepanjang berkhidmat sebagai Setiausaha Politik Presiden PAS sejak tahun 2008.

“SEJAHTERA BERSAMA ISLAM”

DATO’ TAKIYUDDIN HASSAN
Setiausaha Agung PAS
Bertarikh: 24 Syawal 1439 / 8 Julai 2018 – HARAKAHDAILY 9/7/2018