Resolusi Sidang Meja Bulat NGO Islam

PASCA pilihan raya ke-14 menyaksikan perdebatan hangat tentang masa depan Islam dan umat Islam khususnya orang Melayu. Keresahan di kalangan umat Islam semakin dirasakan apabila muncul kalangan yang semakin bebas menyuarakan desakan dan tuntutan untuk menidakkan kedudukan dan fungsi agama Islam sebagai agama negara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dengan menimbulkan provokasi agar beberapa institusi dan agensi Islam ditutup, murtad diizinkan, peruntukan untuk pendidikan Islam khususnya Sekolah-sekolah Tahfiz ditiadakan.

Advertisement

Rentetan dari itu, sebuah sekretariat yang dinamakan Sekretariat Pembela Islam (SPI) yang mengembelingkan pimpinan NGO, para pendakwah, pendidik dan ilmuan Islam telah dibentuk dan pada 23hb Syawal 1439 Hijriah bersamaan 7hb Julai 2018, bertempat di Akademi Darul Huffaz, Kajang, Selangor, satu Persidangan Meja Bulat telah dianjurkan oleh SPI yang dihadiri oleh 300 orang dari 50 NGO, komuniti pendidik, pendakwah dan ilmuan Islam seluruh negara.

Maka dengan ini, Persidangan Meja Bulat pada tarikh dan masa yang dinyatakan di atas dengan ini mengeluarkan satu resolusi seperti berikut:

●     Bahawa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan-kerajaan Negeri yang baru dibentuk selepas PRU14 hendaklah segera bertindak memperkukuhkan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dengan menyatakan dengan jelas agenda, dasar dan pelan tindakan kepada masyarakat umum.

●     Bahawa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan-kerajaan Negeri tidak tunduk dengan tuntutan golongan yang anti-Islam, Sekular, Liberal dan Kufar yang cuba mengambil kesempatan selepas PRU14 untuk mencorakkan negara mengikut kehendak ideologi dan hawa nafsu mereka yang jelas menyalahi pegangan aqidah majoriti rakyat Malaysia khususnya orang Melayu.

●     Bahawa semua peruntukan undang-undang dan perlembagaan yang menyentuh kedudukan Islam dan umat Islam yang sedia ada hendaklah dikuatkuasakan dan ditambah baik, ini termasuklah memastikan Rang Undang-undang 355 (RUU355) yang tertangguh dibawa dan diluluskan dalam Sidang Parlimen akan datang. SPI juga menuntut agar Institusi Mufti, Mahkamah Syariah dan Majlis-majlis Agama Islam Negeri yang tidak Beraja untuk diletakkan di bawah pentadbiran Yang Dipertuan Agong.

●     Bahawa kedudukan Maqasid Syariah terus diperjuangkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan-kerajaan Negeri sebagai satu tanggungjawab kenegaraan dan asas pertahanan Islam.

●     Bahawa kedudukan ekonomi umat Islam mesti terus dilestarikan melalui pembentukan agenda dan dasar ekonomi umat yang lebih mantap dan menyeluruh seumpama Dasar Ekonomi Baru (DEB) dengan menjadikan Perkara 153, Perlembagaan sebagai paksinya dan mewajibkan semua Kementerian dan agensinya menyerahkan KPI atau Report Card pencapaiannya yang dilapor terus kepada Perdana Menteri.

●     Bahawa Malaysia terus dijadikan pusat Hab Halal dunia yang berprestasi tinggi dan menjadi rujukan antarabangsa. Bagi maksud tersebut, sebuah Suruhanjaya Halal Negara hendaklah dibentuk dengan diberikan empowerment dan keupayaan teknologi halal bertaraf dunia.

●     Bahawa kualiti Sistem Pendidikan Negara diangkat menjadi sistem yang berupaya melahirkan insan yang sempurna (al-insanul kamil), berpaksikan tauhid bagi melahirkan masyarakat Malaysia baru yang jauh dari kebejatan moral dan akhlak sehingga dapat membendung gejala rasuah, kemaksiatan dan jenayah.

     Bahawa Sistem Pendidikan Tahfiz yang menjadi pilihan dan tarikan ramai ibu bapa Muslim di Malaysia masa kini diangkat menjadi sistem arus perdana (mainstream system) dan disepadukan dengan pengajaran sains dan teknologi. Sekolah-sekolah Tahfiz Swasta, Pondok Pengajian Tradisional dan Sekolah Agama Rakyat yang banyak berjasa dalam melahirkan modal insan beriman dan bertaqwa terus disokong kewujudannya dengan menyalurkan bantuan perkapita dan bantuan-bantuan lainnya.

     Bahawa Kerajaan perlu menggubal undang-undang di bawah Perkara 10(4) Perlembagaan bagi mendakwa dan menghukum mana-mana orang yang mempersoalkan kandungan Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan tentang hak istimewa Melayu dan Bumiputera bagi mengelakkan isu hak istimewa Melayu dan Bumiputera ini terus dipermainkan sebagai isu perkauman dan bahan hasutan.

     Bahawa amalan dan perbuatan menghina ajaran dan Hukum Islam, kitab suci al-Quran, Hadis dan keperibadian Rasulullah S.A.W yang merupakan pegangan majoriti rakyat Malaysia hendaklah dikanunkan sebagai amalan dan perbuatan yang boleh dihukum dengan hukuman yang berat dalam Undang-undang Sivil dan Syariah dengan penguatkuasaan yang tegas. Ini bagi mengelakkan keadaan menjadi tidak terkawal sehingga menjadi punca kepada perpecahan dan rusuhan kaum dan agama.

Dan bahawasanya wakil-wakil organisasi, kumpulan dan individu berikut dengan ini menurunkan tandatangan masing-masing sebagai tanda sokongan dan kesepakatan bersama terhadap Resolusi 10 perkara ini dan menuntut ianya diberikan perhatian oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan-kerajaan Negeri untuk dilaksanakan bagi kesejahteraan Umat Islam khususnya dan kebaikan rakyat Malaysia amnya:

Organisasi

     Persatuan Madrasah Tahfiz Malaysia.

     Uruskop

     Persatuan Institusi Tahfiz Al Quran Selangor

     Yayasan Pendidikan Qasimul Ulum

     Akademi Darul Huffaz

●     Institut Kajian Masyarakat dan Perundangan

     Institut Kajian Strategik Islam Malaysia

     Persatuan Institusi Tahfiz al-Quran Kebangsaan Malaysia

     Maahad Lil Aytam

     Maahad Tahfiz al-Quran Qasimul Ulum

     Maahad Tahfiz Felda Lasah

     Alumni Maahad Tijarah

     Majlis Ittihad Ummah

     Dewan Pemuda Masjid Malaysia

     Pusat Kebajikan Anak-Anak Yatim & Tahfiz Al-Habbah

     Koperasi Maahad Tahfiz Tijarah Berhad

     Koperasi Pembangunan Asif Berhad

     Koperasi Serbaguna Apal Besut Berhad

     Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah

     Pertubuhan Angkatan Melayu Islam Nusantara

     Pertubuhan Permuafakatan Warisan Anak Bangsa Malaysia

     Alifbata Serikandi Masyhur

     Kelab Svnt Serikandi

     Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah

     Madrasah Tarbiyatul Mustafa

     Persatuan Penduduk Bangiku

     Yayasan Wanita Islam

     Persatuan Halaqah al-Quran Selangor

     Persatuan Pendidikan Perdagangan dan Pengurusan Mutawwifah Manasik Muslim Malaysia

     Aswaja Selangor

     Muslim Enterpreneur Best Team

     Persatuan Syafaqah Ummah

     Yayasan Himmah Malaysia

     Persatuan Pengguna Islam Malaysia

     Himpunan Lepasan Institusi Pelajaran Malaysia

     Pertubuhan Kebajikan Amal Mesra Amanah Generasi

●     Pertubuhan Jati

     Persatuan Cina Muslim Selangor

●     Persatuan Anak-anak Kapal Kabin Muslim Hidayah Hilah Malaysia

     Geng Tolong Orang

     Persatuan Throwball Malaysia

     Budiutama Malaysia

     Kelab Throwball Berjasa

     Kelab Throwball Tijarah

     Asian Throwball Association

     Persatuan Tomoi Muslim Malaysia

     Skuad al-Misbah – HARAKAHDAILY 9/7/2018

FB IMG 1531135721186

  FB IMG 1531135716416