Pelantikan serlah wajah perjuangan PH

TAHNIAH Tan Sri Richard yang dilantik sebagai Ketua Hakim Negara, kali kedua Ketua Hakim Negara dari kalangan Non-Muslim sejak mencapai kemerdekaan. Kali pertama ialah Tun Sir James Beveridge Thomson (1963-1966).

Advertisement

Turut sama patut ucapkan tahniah ialah para ilmuan yang dulu berkata ‘tidak apa Peguam Negara bukan Islam, Perdana Menteri masih Islam…” Ada yang berkata “sangat perlu Peguam Negara yang cerdik (itulah satu-satunya yang cerdik) untuk lawan kes 1MDB..”

Nah! Hari ini, keluarkanlah pandangan-pandangan itu bagi menyokong pelantikan Ketua Hakim Negara. Siapkan terus pandangan-pandangan berikutnya untuk jawatan Speaker Dewan Rakyat, Ketua Polis Negara, Presiden Mahkamah Rayuan dan sebagainya. Asalkan Perdana Menteri masih Muslim, apa salahnya kan?

Turut sama wajib mengeluarkan kenyataan tahniah ialah parti-parti dalam Pakatan Harapan (PH), sahabat-sahabat dalam NGO Ikram dan sebagainya. Tentu gembira dengan pelantikan Tan Sri Richard Malanjun.

Pelantikan ini hakikatnya membuktikan prinsip perjuangan PH. Terserahlah kepada rakyat untuk menentukan pendirian selepas ini. Tahniah. – HARAKAHDAILY 12/7/2018