Gerakan LGBT: Perkara jijik berubah normal

Di Sebalik kehangatan isu kontroversi LGBT di Malaysia, gerakan homoseksual Amerika Syarikat terlebih dahulu melalui pelbagai sekatan di peringkat awal kemunculan, namun akhirnya mendapat tempat disebabkan proses normalisasi hubungan songsang tersebut dalam budaya sosial masyarakat di sana.

Advertisement
  • Garis masa gerakan LGBT

1924 :     Permulaan awal gerakan gay.

Henry Gerber mengasaskan “Society for Human Rights” di Chicago. Pertubuhan ini merupakan organisasi perjuangan hak golongan gay yang pertama menurut rekod.

1950 :     Persatuan gay yang bertahan lama

“The Mattachine Society”, sebuah persatuan gay ditubuhkan oleh seorang aktivis bernama Harry Hay. Sebuah kumpulan perjuangan hak bagi golongan gay yang terawal bertahan lama di Amerika Syarikat. Agenda utama yang menjadi fokus organisasi ini adalah meraih sokongan terhadap homoseksual dan penerimaan sosial.

April 1952 :     Gay disenaraikan sebagai kecelaruan mental.

Persatuan Psikiatri Amerika (APA) mengeluarkan manual diagnostik yang menyenaraikan homoseksualiti sebagai gangguan personaliti sosiopatik.

27 April 1953 :     Gay tidak diizinkan bekerja di sektor awam

Presiden, Dwight D. Eisenhower menandatangani sebuah arahan eksekutif yang menyekat golongan homoseksual daripada bekerja dengan pihak kerajaan atas sebab golongan ini merupakan risiko dan membawa ancaman keselamatan.

September 1955 :     Persatuan lesbian pertama.

Organisasi tuntutan hak lesbian pertama Amerika Syarikat telah ditubuhkan di San Francisco. Daughter of Bilitis (DOB). Mereka menganjurkan parti sosial secara tertutup kerana bimbang serbuan pihak polis, ancaman ganas dan diskriminasi kelab malam dan bar.

Julai 1961 :     Penghapusan Undang-undang sodomi berperingkat.

Illinois menjadi negeri pertama yang menghalalkan homoseksualiti dengan cara membatalkan undang-undang sodomi.

 

11 September 1961

Sebuah dokumentari televisyen AS pertama berkaitan homoseksualiti ke udara melalui stesyen tempatan di California.

28 Jun 1969 :     Rusuhan Stonewall Inn

Polis melakukan serbuan ke atas Stonewall Inn bertempat di bandar New York. Maka bermula protes dan demonstrasi. Kejadian ini dianggap sebagai pencerobohan hak sivil.

1969 :     Lidah rasmi LGBT

Majalah “Los Angeles Advocate” yang mula diterbitkan sekitar 1967, dijenamakan semula sebagai “The Advocate”. Majalah ini boleh dikatakan sebagai penerbitan LGBT yang tertua. Bermula sebagai akhbar, diterbitkan oleh aktivis kumpulan PRIDE (Personal Right in Defense and Education).

28 Jun 1970 :     Perarakan pertama golongan gay

Anggota komuniti di New York berarak sepanjang jalan-jalan tempatan bagi mengenang ulang tahun pertama rusuhan Stonewall. Acara ini dinamakan Christopher Street Liberation Day, dikatakan sebagai perarakan gay yang pertama.

26 Mac 1973 :     ‘PRIDE’ mereka bukan kebanggaan kita

Pertemuan kali pertama yang menghimpunkan ibu bapa serta rakan-rakan golongan gay. Kemudiannya pertemuan ini menjadi agenda di peringkat nasional pada 1982, dengan nama “Parents and Friends of Lesbians an Gays” (PFLAG).

15 Disember 1973 :     LGBT tidak lagi dianggap kecelaruan mental.

Dengan undian 5854 mengalahkan 3810 undi, Persatuan Psikiatri Amerika membuang homoseksualiti dari senarai “jenis kecelaruan mental”. (Rujuk DSM-II Diagnostic and Statistic Manual of Mental Disorders).

1974 :     Golongan gay dan lesbian diangkat menjadi pemimpin

Kathy Kozachenko menjadi warga Amerika pertama dilantik sebagai wakil bandar sekalipun beliau terang-terangan mewakili LGBT. Beliau merupakan calon wanita yang memenangi kerusi bandar Ann Arbor, Michigan City Council.

Elaine Noble pula menjadi calon gay pertama memenangi pilihan raya bagi peringkat negeri di Massachusetts.

1976 :     Atlet dan doktor pondan (transgender)

Seorang lelaki pakar mata (ophthalmologist) yang juga pemain tenis professional, Renee Richards dihalang daripada menyertai Pertandingan Tenis Terbuka AS – Wanita setelah beliau menjalani pembedahan bagi mengubah jantina. Sekatan tersebut berasaskan peraturan “women-born-women”. Richards mencabar keputusan tersebut. Pada 1977, Mahkamah Tinggi New York memutuskan kemenangan berpihak kepada Richards. Beliau menyertai Tenis Terbuka AS pada 1977 namun kalah kepada Virginia Wade.

9 Januari 1978 :     Bendera pelangi simbol LGBT

Harvey Milk ditabalkan sebagai supervisor bandar San Fransisco. Beliau menjadi lelaki gay pertama dilantik ke jawatan politik di California. Pada November berikutnya, Milk dibunuh oleh Dan White.

1978

Terinspirasi oleh Milk yang mahu membangunkan simbol harapan dan kebanggaan komuniti LGBT, Gilbert Baker melakar dan menjahit bendera pelangi pertama.

14 Oktober 1979

Perarakan nasional bagi memperjuangkan hak lesbian dan gay berlangsung buat pertama kali di Washington. Sekitar 75 000 – 125 000 individu menyertai perarakan tersebut bagi menuntut hak golongan LGBT.

30 November 1993 :     “Don’t Ask, Don’t Tell”

Presiden Bill Clinton menandatangani sebuah polisi ketenteraan yang mengarahkan agar golongan yang mengaku sebagai gay dan lesbian disenarai hitam daripada menyertai khidmat ketenteraan. Polisi ini dikenali sebagai “Don’t Ask, Don’t Tell”.

21 September 1996 :     DOMA

Presiden Clinton menandatangani “Defense of Marriage Act” (DOMA) sebuah akta yang menghalang perkahwinan sesama jantina. Beliau menyebutkan bahawa perkahwinan merupakan ‘penyatuan seorang lelaki dan perempuan sebagai suami isteri menurut Undang-undang’. Maka pasangan sejantina tidak berhak menerima kelebihan yang disediakan kerajaan kepada pasangan berkahwin.

3 Disember 1996 :     Giliran Hawaii

Hakim Hawaii, Chang menetapkan bahawa negeri tersebut menurut Undang-undang tidak berhak menghalang perkahwinan sesama jantina. Hawaii merupakan negeri pertama memberikan pasangan gay dan lesbian hak yang sama dinikmati pasangan normal.

April 1997 :     Artis lesbian

Seorang artis komedi, Ellen DeGeneres mengumumkan bahawa beliau merupakan seorang lesbian melalui kulit depan majalah Time dengan pernyataan, “Yep, I’m Gay.”

6-7 Oktober 1998 :     Kes bunuh remaja gay, asas akta baru

Matthew Sherpard diikat pada tiang pagar dan dibelasah hingga mati berhampiran Laramie, Wyoming. Beliau akhirnya ditemui oleh seorang pengayuh basikal yang pada mulanya menyangkan Shepard sebagai patung orang-orang (scarecrow). Motif pembunuhan dipercayai berpunca kerana sentiment anti gay. Russell Henderson dan Aaron McKinney dijatuhkan hukuman mati kerana membunuh Shepard.

Jun 2003 :     Undang-undang sodomi dihapuskan

Mahkamah Tinggi AS menghapuskan undang-undang sodomi sekaligus membenarkan aktiviti LGBT bergerak bebas tanpa dianggap jenayah undang-undang. Mereka berhujah dengan merujuk penghakiman Lawrence v. Texas. Keputusan tersebut turut membatalkan penghakiman Bowers v. Hardwick, yang berlaku pada 1986. Ketika itu Mahkamah Tinggi AS mempertahankan undang-undang sodomi Georgia.

17 Mei 2004 :     Gay pertama sah berkahwin di Massachuttes

Perkahwinan sesama jantina yang pertama sah di sisi Undang-undang berlangsung di Massachuttes, AS.

 

6 September 2005 :    Arnold Schwarzenegger sokong perkahwinan LGBT

Badan Legislatif California merupakan yang pertama meluluskan Rang Undang-undang yang membenarkan perkahwinan pasangan sama jantina. RUU tersebut diluluskan dengan kuasa veto Gabenor Arnold Schwarzenegger.

 

25 Oktober 2006

Mahkamah Tinggi New Jersey menetapkan bahawa pembuat Undang-undang mesti memperuntukkan hak dan menjamin kebajikan perkahwinan pasangan gay dan lesbian.

15 Mei 2008

Mahkamah Tinggi California memutuskan bahawa tindakan menghadkan perkahwinan hanya kepada pasangan berlainan jantina sebagai tidak berpelembagaan.

4 November 2008

Para pengundi menyokong “Proposition 8” di California, yang menjadikan perkahwinan sesama jantina sebagai tidak sah di sisi undang-undang.

  • Era Obama :     Gerakan LGBT aktif

12 Ogos 2009 :    Mendiang tokoh LGBT diiktiraf Obama.

Milk yang mati pada 1978, dianugerahkan “Medal of Freedom” oleh Presiden Barack Obama.

28 Oktober 2009

Presiden Obama menandatangani sebuah akta “Matthew Shepard and James Byrd Jr. Hate Crimes Prevention Act” dan diserap ke dalam undang-undang.

4 Ogos 2010 :    Sah Perkahwinan LGBT

Hakim persekutuan memutuskan “Proposition 8” sebagai tidak berperlembagaan.

 

20 September 2011 :    Berakhirnya polisi “Don’t Ask, Don’t Tell”.

Presiden Obama secara rasmi membatalkan polisi anti-gay, yang menghalang golongan gay menyertai angkatan tentera AS.

9 Mei 2012 :     Obama menggalakan perkahwinan LGBT

Dalam sebuah temu ramah ABC, Obama menjadi Presiden AS pertama menyatakan sokongan terbuka terhadap kebebasan bagi pasangan LGBT berkahwin sesama mereka.

4 September 2012

Parti Demokratik menjadi parti politik AS pertama dalam sejarah yang menyokong secara terbuka perkahwinan sesama jantina. Sokongan tersebut diumumkan melalui platform nasional ketika Konvensyen Demokratik Nasional.

Jun 2013 :   SCOTUS menggantikan DOMA.

Akta DOMA yang menjadi Undang-undang 1996, menetapkan bahawa perkahwinan sesama lesbian dan gay tidak diperakui Kerajaan Persekutuan. Bermakna, pasangan tersebut tidak berhak menerima manfaat seperti keselamatan sosial dan insurans kesihatan yang dinikmati pasangan berkahwin normal. Tetapi pada 2013, Mahkamah Tinggi memutuskan DOMA tidak berperlembagaan. Maka pasangan berkahwin sesama jantina berhak memperolehi manfaat daripada kerajaan.

Januari 2015 :     Presiden Obama mengiktiraf komuniti LGBTQ.

Buat pertama kali dalam sejarah AS, perkataan “lesbian“, “bisexual” dan “transgender” digunakan dalam ucapan Presiden AS.

Kata Obama di dalam ucapan beliau,

“Sebagai rakyat Amerika, kita menghormati nilai kemanusiaan dan mengecam sebarang penganiayaan ke atas kumpulan minoriti.

April 2015 :   Obama menyeru supaya menghentikan “conversion therapy”

Selepas peristiwa tragik seorang remaja transgender membunuh diri kerana diarahkan agar menerima “conversion therapy“, Presiden Obama memerintahkan agar “praktis merbahaya” tersebut tidak lagi diteruskan. Conversion therapy merupakan salah satu cara rawatan bagi mengembalikan identiti jantina atau memperbaiki orientasi seksual seseorang penghidap GID (Masalah Kecelaruan Jantina).

Jun 2015 :   Item orientasi seksual ditambah dalam polisi anti-diskriminasi tentera AS

Walaupun “Don’t Ask, Don’t Tell” ditarik pada 2011, sensitiviti orientasi seksual masih tidak dilindungi seperti aspek perbezaan bangsa, agama, jantina) di bawah “Military Equal Opportunity Policy” sehinggalah Jun 2015.

26 Jun 2015 :    Kemenangan pejuang cinta songsang

Mahkamah Tinggi akhirnya menetapkan secara rasmi bahawa perkahwinan sejenis sah di seluruh negara. Maka setiap negeri mesti membenarkan warga Amerika berkahwin tanpa mengira jantina atau orientasi seksual mereka.

Mei 2016 :    Stonewall Inn dijadikan monumen negara.

Pentadbiran Obama mengumumkan sebuah monumen bakal didirikan sempena rusuhan bersejarah golongan LGBT pada 1969. Ini merupakan monumen pertama didedikasikan buat kelompok gay.

Mei 2016 :     Pentadbiran Obama menyatakan sokongan terhadap pelajar transgender secara terbuka.

Di tengah-tengah kerancakan gerakan anti-transgender seluruh negara, Presiden Obama mengeluarkan pekeliling arahan agar semua sekolah kerajaan membenarkan pelajar transgender menggunakan tandas mengikut identiti jantina mereka.

LGBT diimport ke dalam Malaysia

Berdasarkan garis masa gerakan LGBT itu tadi, terdapat beberapa peristiwa telah pun mula dicetuskan di Malaysia.

Proses globalisasi dan pembaratan yang telah lama merebak bakal mendatangkan pelbagai bencana jika tidak dibendung.

Mahukah kita meniru Amerika dalam sejarah gerakan LGBT mereka?

Cegah sebelum terlambat. Ingatlah dakwah Nabi Luth A.S;

وَلُوطًا إِذْ قَالَ لِقَوْمِهِ أَتَأْتُونَ الْفَاحِشَةَ مَا سَبَقَكُمْ بِهَا مِنْ أَحَدٍ مِنَ الْعَالَمِينَ

إِنَّكُمْ لَتَأْتُونَ الرِّجَالَ شَهْوَةً مِنْ دُونِ النِّسَاءِ بَلْ أَنْتُمْ قَوْمٌ مُسْرِفُونَ

Dan (Kami juga telah mengutus) Luth (kepada kaumnya). (Ingatlah) tatkala dia berkata kepada mereka, “Mengapa kalian mengerjakan perbuatan fahisyah itu, yang belum pernah dikerjakan oleh seorang pun (di dunia ini) sebelum kalian?” Sesungguhnya kalian mendatangi lelaki untuk melepaskan nafsu kalian (kepada mereka), bukan kepada wanita, bahkan kalian ini adalah kaum yang melampaui batas.”

Sekiranya tidak dibanteras, Allah pasti menimpakan azab-Nya;

فَلَمَّا ذَهَبَ عَنْ إِبْرَاهِيمَ الرَّوْعُ وَجَاءَتْهُ الْبُشْرَى يُجَادِلُنَا فِي قَوْمِ لُوطٍ (74) إِنَّ إِبْرَاهِيمَ لَحَلِيمٌ أَوَّاهٌ مُنِيبٌ (75) يَا إِبْرَاهِيمُ أَعْرِضْ عَنْ هَذَا إِنَّهُ قَدْ جَاءَ أَمْرُ رَبِّكَ وَإِنَّهُمْ آتِيهِمْ عَذَابٌ غَيْرُ مَرْدُودٍ (76)

“Maka tatkala rasa takut hilang dari Ibrahim dan berita gembira telah datang kepadanya, dia pun bersoal jawab dengan (malaikat-malaikat) Kami tentang kaum Lut.(74)

 

“Sesungguhnya Ibrahim itu benar-benar seorang yang penyantun lagi penghiba dan suka kembali kepada Allah.(75)

 

“Hai Ibrahim, tinggalkanlah soal jawab ini, sesungguhnya telah datang ketetapan Tuhanmu, dan sesungguhnya mereka itu akan didatangi azab yang tidak dapat ditolak.(76)”

(Surah Hud 74-76)

SOFIA ALWANI

12 Julai 2018 -HARAKAHDAILY 13/7/2018