JAM ziarah anak pimpinan dalam rawatan

PUTRAJAYA: Jabatan Amal Malaysia (JAM) Kawasan Putrajaya telah mengadakan ziarah kepada dua anak Timbalan Ketua Pemuda PAS Putrajaya, Zulfikar Abd Kasim, semalam.
 
Kedua-dua anak beliau iaitu Mujahid dan Adeeb kini sedang dirawat di Hospital KPJ Kajang berikutan mengalami jangkitan kuman di dalam air kencing.
 
Ziarah Skuad Kebajikan diketuai Komandan JAM Putrajaya, Anas Asyura Mohd Suhairi itu mengiringi Naib Ketua Pemuda PAS Putrajaya, Abdul Azim Abu Ziden.
 
Dalam kunjungan tersebut, pihak rombongan telah menyerahkan sumbangan khas sebagai membantu meringankan beban perubatan tersebut selain mengeratkan ukhuwah sesama mereka.
 
Pihak rombongan juga berharap kedua-dua mereka akan segera pulih dan kembali seperti biasa untuk meneruskan sesi pembelajaran di sekolah. -HARAKAHDAILY 13/7/2018
Advertisement