LGBT : Cegah sebelum parah

HANGAT berkenaan LGBT sejak mutakhir ini apabila ia golongan yang terlibat semakin berani menzahirkan kelakuan ini. Ia seolah-olah mendapat nafas baru apabila tanpa segan silu kelakuan keji di sisi Islam ini dilihat semakin berleluasa di media sosial. Yang lebih menyedihkan lagi, seakan tiada tindakan tegas dari pihak berkuasa yang selayaknya dalam menangani isu ini dengan lebih berkesan dan pencegahan yang efisien.

Advertisement

Walhal LGBT ini merupakan jelas perkara yang terlarang di dalam Islam malah disifatkan oleh Allah sebagai perbuatan terkutuk yang keji. Ini sebagaimana berlaku di zaman Nabi Lut A.S yang diutuskan kepada kaumnya yang mengalami konflik gender dan melakukan aktiviti seksual di luar tabi’i apabila melampiaskan nafsu syahwat sesama jenis kalangan mereka.

Firman Allah S.W.T:

وَلُوطًا إِذْ قَالَ لِقَوْمِهِ أَتَأْتُونَ الْفَاحِشَةَ مَا سَبَقَكُمْ بِهَا مِنْ أَحَدٍ مِنَ الْعَالَمِينَ (٨٠) إِنَّكُمْ لَتَأْتُونَ الرِّجَالَ شَهْوَةً مِنْ دُونِ النِّسَاءِ ۚ بَلْ أَنْتُمْ قَوْمٌ مُسْرِفُونَ (٨١)

“(Maksudnya) Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: “Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu?” (80) Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas (81)”

[al-A’raf 80 – 81]

Hakikatnya LGBT bukan hanya tidak diterima dari sudut konteks ajaran agama Islam malah ia merupakan sesuatu yang bercanggah dengan naluri kemanusiaan yang semulajadi. Sebab itu, mereka yang terlibat dengan LGBT mengalami konflik identiti dan juga gender atas diri mereka sendiri. Ini kerana secara naluri, syahwat yang ada dalam diri manusia adalah berinteraksi antara lelaki dan perempuan. Bukan sesama jenis jantina. Perkara ini adalah jelas malah disebut juga oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan juga pakar-pakar psikologi sama ada kalangan Muslim atau bukan. Inilah sebenarnya fitrah manusia yang diciptakan oleh Allah S.W.T kepada manusia sebagaimana umum ayat al-Quran :

يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالًا كَثِيرًا وَنِسَاءً ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالْأَرْحَامَ ۚ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا

“(Maksudnya) Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya – Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya – zuriat keturunan – lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.(1)”

[an-Nisa’ 1]

Jika dilihat dari konteks hukuman dalam Islam, walaupun para ulamak empat mazhab tidak bersepakat akan hukuman ke atas homoseksual ini atau LGBT, sebagaimana jenayah zina, namun terdapat perbahasan di mana hukuman bunuh dikenakan ke atas pelaku yang terlibat dalam aktiviti LGBT tersebut. Ia menerusi zahir Hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas akan sabda Nabi Muhammad S.A.W menyuruh bunuh mereka yang melakukan aktiviti seperti kaum Lut A.S terdahulu. Jelas, walaupun tidaklah disepakati ulamak sebagaimana jenayah yang terdapat dalam Hudud, namun pandangan ulamak menerusi zahir Hadis tersebut memberi isyarat betapa besarnya dosa dan jijiknya kelakuan tersebut di dalam Islam.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W:

مَنْ وَجَدْتُمُوْهُ يَعْمَلُ عَمَلَ قَوْمَ لُوْطٍ فَاقْتُلُوْا الْفَاعِلَ وَ الْمَفْعُوْلَ بِهِ

“(Maksudnya) Siapa saja di antara kalian mendapati seseorang yang melakukan perbuatan Kaum Luth maka bunuhlah pelakunya beserta pasangannya.“

(HR Abu Daud)

Sehubungan itu, setiap kalangan yang terlibat dengan budaya LGBT ini wajib kembali kepada fitrah Islam yang telah diciptakan Allah sebagai sebaik-baik kejadian. Suburnya budaya LGBT ini hanya mengundang kemurkaan Allah dan kerosakan di atas muka bumi. Malah akan menyebabkan terganggunya sistem generasi manusia kerana melempiaskan nafsu syahwatnya sesama jenis bukanlah jalan untuk memperolehi zuriat. Sebab itu, LGBT bukanlah hak asasi manusia namun ia sebenarnya kecelaruan identiti yang berpunca dari psikologi yang tidak terurus dengan baik. Ia bukanlah hak tetapi satu penyakit bahaya yang tidak diterima sama sekali oleh akal yang waras. Sehubungan itu, kita tidak menerima apa-apa penyakit kerana akan ia mengundang padah ke dalam masyarakat.

Justeru, mereka yang terlibat disarankan mendapatkan kaunseling psikologi dan nasihat agama agar kecelaruan identiti dapat diperbetulkan kembali. Di samping itu, keluarga mereka hendaklah bertegas dengan jantina asal sejak dilahirkan demi kebaikan bersama dan bukannya memberikan sokongan apatah lagi galakan yang akhirnya memburukkan lagi keadaan sehingga masyarakat juga merasai padahnya. Bagi pihak berkuasa pula, mestilah bertegas dan menggunakan kuasa yang ada agar dapat membendung gejala ini dari terus dikembang luas dan dipromosi. Tindakan dan hukuman yang tegas merupakan eleman dalam nahi mungkar yang wajib dilaksanakan oleh pemerintah.

Unit Penyelidikan
Lajnah Perkaderan Ulamak Pelapis
Dewan Ulamak PAS Pusat
14 Julai 2018 – HARAKAHDAILY 14/7/2018