Menteri diberi seminggu tolak UEC

MENTERI Pendidikan diberi masa tujuh (7) hari untuk mengubah fikiran, pendirian dan sikap beliau supaya tidak mengiktraf UEC sekiranya tidak mahu berhadapan dengan kebangkitan himpunan besar-besaran bantahan daripada rakyat Malaysia.

Advertisement

MAPPIM dan gabungan lebih 300 NGO Gerakan Pembela Ummah telah mendapat ‘reacted’ yang sangat positif daripada pelbagai lapisan rakyat Malaysia di mana dalam masa (4) jam capaian di Page Gerakan Pembela Ummah (Ummah) telah mencecah lebih daripada 20 ribu sokongan. Semua komen tersebut telah menuntut Menteri Pendidikan menolak UEC.

Sokongan juga telah diterima daripada tokoh pendidikan negara, tokoh bahasa, tokoh akademik, tokoh politik veteran, tokoh NGO-NGO juga daripada warga pendidikan serta rakyat. MAPPIM dan gabungan 300 NGO Ummah akan terus menyeru sokongan daripada pelbagai pihak termasuk parti-parti politik dan pimpinan mereka yang mahu bersama-sama dalam gerakan himpunan bantahan rakyat kepada Menteri Pendidikan untuk mengubah pendiriannya mengiktiraf UEC.

Kami memberi amaran, sekiranya Menteri masih tetap membisu serta berdegil bagi mempertahankan pendirian beliau untuk mengiktiraf UEC, mungkin beliau adalah Menteri yang pertama dalam Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang akan bakal berdepan menghadapi gelombang bantahan kebangkitan daripada rakyat di Kementerian Pendidikan, Putrajaya.

MAPPIM juga telah menerima sokongan lebih daripada 10 orang pihak peguam pelbagai persatuan untuk meneliti dan mengkaji bagi mengambil tindakan menghalang keputusan Menteri Pendidikan yang mengiktiraf UEC.

Untuk menjelaskan pendirian MAPPIM dan dukungan pelbagai pihak gabungan lebih 300 NGO Gerakan Pembela Ummah maka satu sidang media akan diadakan pada 16 Julai jam 11 pagi bertempat di Pejabat NGO Muafakat di Pusat Bandar Taman Melawati.

MAPPIM dan gabungan 300 NGO Gerakan Pembela Ummah (Ummah) menyeru seluruh rakyat Malaysia agar bersatu pendirian tanpa mengira bangsa, politik dan agama agar menjaga keutuhan Sistem Pendidikan Negara daripada diruntuhkan oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan.

MOHD ZAI MUSTAFA
Ketua Eksekutif (MAPPIM)
Ahli Jawatankuasa Sekretariat (Ummah) – HARAKAHDAILY 14/7/2018