Ramasamy menikus

BILA bersuara mengaum macam harimau lapar tapi bila dicabar berdebat menikus berbagai alasan.

Advertisement

Mengulas cabaran berdebat dengan tokoh dakwah antarabangsa Dr Zaki Naik, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang dari DAP Dr P.Ramasamy berkata:

“Saya warga Malaysia, saya tak takut berdebat. Tetapi Zakir perlu terlebih dulu pulang ke India, hadapi dakwaan dan bersihkan namanya.”

Kamu tuduh dia pengganas, kamu tuduh dia syaitan. Buktikan tuduhan kamu itu di sini, di Malaysia.

Dr Zakir berstatus PR (Permanent Residency) di Malaysia, kami umat Islam di Malaysia hormat dan sayangi beliau dan malah akan mempertahankan beliau untuk kekal berada di sini. Berani tuduh berani tanggung.

Atau DAP sejak berkuasa lebih mahu guna kuasa dari berdebat secara rasional dan menghormati hak bersuara dan membela diri. Jangan sampai kamu dilihat syaitan di mata kami. – HARAKAHDAILY 15/7/2018