Surat sudah tersurat

●     SATU negara kecoh hari ini kerana Speaker Dewan Rakyat dilantik tidak mengikut peraturan, kata yang membantah.

Advertisement

●     Segala polemik di media sejak Jun dikemuka, bahawa pencalonan belum selesai.

      Baru 15 Julai, media massa menyiarkan bahawa Tun Perdana Menteri (PM) mengesahkan Bekas Hakim Mahkamah Rayuan menjadi calon Speaker.

Yang dipertanyakan, telah dijawab mudah:

     Datuk SU Dewan Rakyat dakwa surat pencalonan diterima pada 2 Julai 2018, walaupun pada 14 Julai pemimpin PH masih membahas siapa calon sepatutnya.

      Timbalan PM mungkin terlupa, pada 1999, PKN (nama lama PKR) mencalonkan Prof Chandra Muzaffar untuk jawatan sama, tetapi ditolak kerana notis tak cukup hari.

     Hari ini, Dewan Rakyat bergegar kerana Speaker dilantik dengan notis yang dipercayai tak cukup hari.

Rakyat kalau bodoh memang jadi makanan pemimpin jahat dan penipu. (Dalam benak pemimpin) “Ala kalau tipu pun dosa peribadi saja, bukan jadi kafir pun.”

Tapi aku rasalah, Datuk SU Dewan Rakyat mungkin guna surat yang tersurat dalam takdir Allah di Luh Mahfuz, pasti sebelum 2 Julai.

IBNU KARIMAH
3 Zulkaedah 1439 – HARAKAHDAILY 16/7/2018