Tindakan CCC-ECRL mengejutkan

LAPORAN The Edge Market pada hari ini (semalam) mengejutkan apabila pembuangan 30 peratus pekerja tempatan telah disahkan berikutan arahan penggantungan projek tersebut dari Kementerian Kewangan.

Advertisement

Malahan ia mendapat kritikan dari Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), syarikat milik penuh di bawah Kementerian yang berfungsi sebagai pemilik projek mega ECRL. Pihak MRL berpendapat bahawa tindakan membuang pekerja tempatan ini sebagai satu tindakan drastik.

Kita berharap pihak kerajaan akan menimbangtara semula akan nasib 2250 pekerja tempatan di dalam projek ini selari dengan jawapan Yang Berhormat Menteri kepada soalan saya di dalam Dewan Rakyat sebentar tadi (semalam) bagi mengoptimumkan penglibatan dan peluang pekerjaan rakyat tempatan di dalam projek ini.

Kepentingan, faedah dan kebolehupayaan ekonomi rakyat haruslah menjadi agenda utama kerajaan terutama apabila melibatkan projek mega yang menelan belanja berbillion ringgit. Jangan pula kita terlepas faedah itu kepada pihak lain yang hanya menikmati laba sedangkan rakyat sendiri kehilangan pekerjaan.

HJ AHMAD AMZAD HASHIM
Ahli Parlimen Kuala Terengganu – HARAKAHDAILY 25/7/2018