Cuti Jumaat: PAS hasrat mengadap Pemangku Raja

KUANTAN: PAS Pahang bercadang mengadap Pemangku Raja Pahang untuk mempersembahkan cadangan cuti umum di negeri itu ditukar kepada hari Jumaat.

Advertisement

Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Rosli Abd Jabar berkata, pihaknya sudah dua kali membawa cadangan tersebut pada persidangan Dewan Udangan Negeri (Dun) Pahang.

Katanya, kali kedua disebut ketika mengambil bahagian membahas ucapan menjunjung kasih titah Diraja pada sidang Dun baru-baru ini.

“Kita juga akan berbincang dengan Menteri Besar dan akan mengadap Pemangku Raja Pahang untuk mempersembahkan cadangan tersebut,” katanya yang juga Adun Tanjung Lumpur pada sidang media di Wisma Sri Pahang semalam.

Menurutnya walau pun usul tersebut tidak dipersetujui BN dan PH, namun PAS tetap memperjuangkan demi kepentingan umat Islam.

Namun katanya beliau merakam ucapan terima kasih kepada Menteri Besar yang menjelaskan kerajaan akan meneliti cadangan itu. – HARAKAHDAILY 26/7/2018