HBR: Rais Yatim juga hadap Dr Maszlee

MAJLIS Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (MAPPIM) dan gabungan 300 NGO Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), menepati janji kepada Dr Maszlee Menteri Pendidikan, kegagalannya menarik semula ucapannya mengiktiraf UEC menyebabkan beliau berdepan dengan himpunan rakyat besar-besaran pada 28 Julai di Padang Kelab Sultan Sulaiman Kuala Lumpur.

Advertisement

Segala persiapan tempat telah siap diatur dan telah mendapat persetujuan pihak keselamatan.

Di antara tokoh besar yang telah menyatakan kehadiran untuk berucap ialah Tan Sri Rais Yatim, Prof Dato Dr Awang Sariyan, Dato Zainal Abidin Zin, Tan Sri Zaman Khan, dan 20 lagi pimpinan NGO daripada pelbagai bidang serta pimpinan politik daripada pelbagai parti.

Himpunan pada 28 Julai ini akan bermula pada 9.00 pagi dan dijangka berakhir pada jam 1.00 tengahari.

Himpunan yang bertemakan “Islam Melayu Terancam“, ini akan menumpukan ucapan daripada tokoh yang berucap berkaitan Bahasa, Pendidikan, Ekonomi dan juga kedudukan Melayu serta Islam berdasarkan peruntukan Perlembagaan.

MAPPIM dan UMMAH menyeru semoga rakyat turun beramai-ramai tanpa mengira pendirian parti politik bagi menyatakan sokongan yang padu kepada perhimpunan ini.

MOHD ZAI MUSTAFA
Ketua Eksekutif MAPPIM
Ahli Jawatankuasa Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) – HARAKAHDAILY 26/7/2018