Atlet Kelantan sertai taekwondo dunia

KOTA BHARU: Tiga atlet teakwondo anak Kelantan akan mewakili Malaysia ke International Taekwon-Do Federation (ITF) di Buenos Aires, Argentina.

Advertisement

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO, Ustaz Wan Roslan Wan Hamat berkata, kerajaan negeri menyampaikan sumbangan sebanyak RM20,000 sebagai menghargai kejayaan atlet terbabit mewakili negara.

Katanya, tiga wakil dari Kelantan menyertai sembilan peserta kontingen Malaysia ke temasya itu yang akan berlangsung pada 31 Julai hingga 6 Ogos ini.

“Kita bagi sumbangan dan mengucap tahniah atas kejayaan mereka mewakili Malaysia ke peringkat dunia, bukan senang hendak mewakili negara.

“Sumbangan tersebut sebagai duit poket kepada mereka sepanjang berada di sana,” katanya di sini. – HARAKAHDAILY 27/7/2018