Mujahid jangan bertembung peribadi dengan Maza

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa tidak wajar menjadikan isu Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy sebagai isu pertembungan peribadi dengan Mufti Perlis, Dato’ Dr Mohd. Asri Zainul Abidin (Maza) sehingga memerlukan pertemuan antara dua tokoh tersebut.

Advertisement

khairuddinattakiri“Isunya ialah pertembungan antara P. Ramasamy dengan kehendak rakyat yang cintakan kedamaian,” ujar AJK PAS Pusat, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menerusi laman Facebook.

Katanya, puluhan laporan polis terhadap Dr P Ramasamy memerlukan penyiasatan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus berkata, menteri sewajarnya membiarkan polis menjalankan siasatan terlebih dahulu.

Menurutnya lagi, kenyataan-kenyataan menteri yang dilihat berpihak kepada P Ramasamy dibimbangi boleh mempengaruhi siasatan polis. – HARAKAHDAILY 28/7/2018