PAS bantu mangsa kebakaran di Likas

SEPANGGAR: PAS Kawasan Sepanggar dengan kerjasama Khidmat Malaysia telah melaksanakan operasi bantuan kepada mangsa kebakaran di Kampung Cenderamata 2, Likas di sini kelmarin.
 
Sumbangan bantuan yang diserahkan kepada mangsa berupa keperluan asas seperti telekung, lampin pakai buang, pakaiam, makanan serta barangan lain.
 
Misi bersepadu dipimpin Pengerusi Khidmat Malaysia Sabah, Zulzaim Hilmee Abidin itu turut dijayakan sama dengan penglibatan Jabatan Amal Malaysia Sepanggar.
 
Pengalaman kolaborasi entiti tersebut telah melaksanakan pelbagai usaha yang bertujuan meringankan beban lebih 800 mangsa pada kejadian kebakaran melibatkan 152 rumah minggu lalu itu.
 
Zulzaim menggesa perhatian pihak berkuasa terhadap masalah kejadian kebakaran yang kerap berlaku kepada perumahan atau perkampungan penduduk di negeri itu dan percaya ia mampu ditangani. -HARAKAHDAILY 29/7/2018
 
Advertisement