J3K jambatan kerajaan dengan rakyat

DUNGUN: Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (J3K) turut mempunyai peranan penting menjadikan menjadikan Terengganu negeri yang maju, berkat dan sejahtera.

Advertisement

Sehubungan itu anggota J3K diharap memikul tanggungjawab dengan penuh amanah serta sentiasa menjaga tingkah laku, demikian nasihat Penyelaras Dun Bukit Besi, Ghazali Sulaiman

Beliau turut mengingatkan agar semua anggota J3K tidak mudah lupa diri dengan jawatan yang dimiliki kerana ia akan memberi kesan kepada pentadbiran Wisma Darul Iman.

Seru beliau, J3K perlu memudahkan urusan dan menjadi ‘jambatan’ yang menghubungkan rakyat dengan kerajaan negeri serta menjadi agen bagi mendengar masalah rakyat.

Beliau berkata demikian paa Majlis Penyampaian Surat Perlantikan di Dewan Perbandaran Dungun, di sini semalam, demikian lapor Buletin Online.

“Kita mengharapkan komitmen yang tinggi, jitu dan kesungguhan dari setiap (orang) yang dilantik. Galas dan pikullah tanggungjawab ini dengan penuh amanah, jagalah etika, adab dan tingkahlaku yang sesuai sepanjang bersama rakyat,” nasihatnya. -HARAKAHDAILY 30/7/2018