Kerjasama: PAS desak PH buat kenyataan dengan IRI

takiyuddin2

KUALA LUMPUR: PAS mendesak Pakatan Harapan membuat kenyataan bersama dengan Institut Republikan Antarabangsa (IRI) iaitu sebuah badan pemikir berpangkalan di Amerika Syarikat berhubung kerjasama dengan parti pembangkang di negara ini sejak tahun 2002.

Advertisement

Setiausaha Agung PAS, Dato’ Takiyuddin Hassan berkata biarpun telah ada penafian dibuat oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bahawa DAP tidak mempunyai sebarang hubungan kerjasama dengan badan pemikir Amerika Syarikat itu namun satu pengakuan telah dibuat oleh Presiden IRI, daniel Twinning dalam forum anjuran Centre For Strategis & International Studies baru-baru ini.

“Walaupun hari ini Setiausaha agung DAP menafikan kata mereka ada hubungan dengan IRI dengan alasan dia (DAP) tidak pro repbulikan kerana dia tidak suka kepada Trump.

“Tapi satu pengakuan telah dibuat oleh pihak IRI itu menunjukkan bahawa perkara ini memang berlaku dan sekarang ini pihak pembangkang (sekarang kerajaan) khususnya Pakatan Harapan perlu membuat penjelasan yang jelas kepada rakyat menafikan perkara ini kalau betul mereka tidak ada hubungan.

“Mereka perlu buat satu pernyataan mengatakan bahawa IRI itu telah berbohong dan bersedia untuk berdepan dengan IRI kalau boleh dia buat kenyataan bersama dengan IRI itu,” katanya yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu kepada Harakah di lobi Parlimen hari ini. – HARAKAHDAILY 7/8/2018

LANJUT DI HARAKAH CETAK EDISI JUMAAT INI