Usahawan Kelantan dilantik AJK Pedagang Asean

KOTA BHARU: Tokoh Hijrahtul Rasul Kelantan 2008 (Usahawan), Aishah Mahmood, 70 dilantik sebagai anggota Jawatankuasa (AJK) Persatuan Pedagang Asean.

Advertisement

Pelantikan itu berkuatkuasa Mei lepas. Ia dimaklumkan mengenainya oleh Presiden Persatuan Pedagang ASEAN, Dato’ Mohamad Izat Emir.

Aishah berkata, Izat membawa surat berkenaan ke rumahnya sebagai bukti pelantikan tersebut.

“Alhamdulillah, saya bersyukur di atas pelantikan itu kerana ia membuktikan kita diperlukan untuk membantu golongan usahawan maju ke hadapan,” katanya di sini.

Aishah sebelum ini pernah memimpin Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia. Beliau juga seorang pengusaha kapal laut dalam terkenal di Kelantan. – HARAKAHDAILY 7/8/2018