Kejohanan bola sepak bermula di Jabi

SETIU: Usaha membina gaya hidup positif dan khususnya dalam kalangan anak muda digiatkan menerusi penganjuran Kejohanan Bola Sepak Piala Adun Jabi.
 
Program julung kali pasca PRU14 itu juga menjadikan Dun Jabi sebagai Dun pertama dalam negeri ini yang menganjurjan kejohanan tersebut selepas peralihan kerajaan.
 
Kejohanan tersebut telah berjaya menarik penyertaan 20 pasukan dari seluruh Dun tersebut yang dijangka mengambil masa sebulan setengah bagi menyelesaikan pusingan.
 
Pembukaan kejohanan telah dirasmikan sendiri Adun Jabi, Dr Azman Ibrahim sekali gus menyaksikan pertemuan Kepala Gajah FC menentang Felda Selasih FC di padang Kampung Kerandang, di sini hari ini.
 
Dr Azman berkata, acara melibatkan anak muda antara keutamaan kepimpinan baru Kerajaan Terengganu disamping medan untuk mengembang bakat dan menghimpunkan anak muda ke arah kehidupan sihat. -HARAKAHDAILY 10/8/2018
 
 
Advertisement