Seni intelijen yang diabaikan

KITA wajib belajar dari sejarah kejatuhan Uthmaniah. Peranan intelijen British yang mengawal penguasa umat Islam dengan cara mengampu.

Advertisement

Bahkan T.E. Lawrence bangga menceritakan pengalaman beliau bergaul dengan Arab era Perang Dunia Pertama dan di ambang kejatuhan Uthmaniyyah.

Kejayaan memperdaya umat Islam tersebut turut dimuatkan di dalam beberapa buku catatan beliau, antaranya “Handling Hejaz Arab is an art, not a science/The 27 Articles of T.E. Lawrence” dan “Seven Pillars of Wisdom“.

Perkongsian beliau dalam menggambarkan nuansa tradisi dan budaya dunia Timur telah mencetuskan semangat Orientalis Barat yang lain untuk mengkaji dunia Islam dengan lebih mendalam.

Mereka mengkaji sudut-sudut serangan strategik bagi melemahkan gerakan Islam.

Antara petikan nasihat Lawrence adalah seperti berikut;

“Win and keep the confidence of your leader. Strengthen his prestige at your expense before others when you can. Never refuse or quash schemes he may put forward; but ensure that they are put forward in the first instance privately to you. Always approve them, and after praise modify them insensibly, causing the suggestions to come from him, until they are in accord with your own opinion. When you attain this point, hold him to it, keep a tight grip of his ideas, and push them forward as firmly as possibly, but secretly, so that to one but himself (and he not too clearly) is aware of your pressure.”

“Read their characters, discover their tastes and their weaknesses and keep everything you find out to yourself.”

“Your ideal position is when you are present and not noticed. Do not be too intimate, too prominent, or too earnest.”

Tipu daya mereka berlangsung penuh kewaspadaan, sedangkan pemimpin Islam acapkali termakan bahasa lunak mereka lalu menganggap mereka bukan ancaman sebaliknya dilayan sebagai rakan. Sikap tidak acuh seperti ini bertentangan dengan prinsip hazar (kewaspadaan) seorang Mukmin. Kita sering menanti diserang hendap, baru mahu tersedar dari khayalan.

Bertambah malang, apabila wujud kumpulan yang sedar dan memperingatkan perihal ancaman ini lazimnya dicemuh sebagai petualang gerakan, manakala mereka yang lalai dengan habuan, berada dalam kawalan musuh pula dijulang sebagai pejuang sejati:

كَانَ النَّاسُ يَسْأَلُونَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ الْخَيْرِ وَكُنْتُ أَسْأَلُهُ عَنِ الشَّرِّ مَخَافَةَ أَنْ يُدْرِكَنِي…

“Manusia bertanyakan kepada Rasulullah S.A.W perihal (urusan) kebaikan, adapun aku (Huzaifah al-Yamani) bertanyakan kepada Baginda (peristiwa-peristiwa) keburukan, (fitnah atau konflik) kerana takut terjerumus ke dalamnya…”

SOFIA ALWANI 
11 Ogos 2018. – HARAKAHDAILY 11/8/2018

FB IMG 1533989250533