Mesyuarat Exco bincang Pengerusi MSN

KOTA BHARU: Kerajaan negeri akan membincangkan terlebih dahulu tawaran pelantikan Pengerusi Majlis Sukan Negeri (MSN) Kelantan pada mesyuarat Exco.

Advertisement

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO, Ustaz Wan Roslan Wan Hamat berkata, perkara itu perlu dirujuk kepada Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakub terlebih dahulu.

Katanya, ia perlu dibincang bersama-sama termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.

“Kemudian ia perlu diputuskan dalam mesyuarat Exco. Bila sudah ada keputusan, baru kita maklumkan kepada pihak kementerian,” katanya di sini.

Semalam Wan Roslan menerima kunjungan hormat Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Dato’ Ahmad Shapawi Ismail.

Baru-baru ini Kementerian Belia dan Sukan menamakan anggota Exco kerajaan Kelantan sebagai Pengerusi MSN Kelantan yang sebelum ini diterajui pemimpin Umno. – HARAKAHDAILY 13/8/2018