Apa salah Dr Ilyani?

idris2

APA salah Dr Ilyani Mohamed Nawawi yang hanya menulis mengenai bidang dan profesion beliau sebagai doktor perubatan. Memang beliau layak menulis kerana beliau seorang kelulusan doktor perubatan. Kenapa sampai diadu kepada Biro Pengaduan Awam? Apa salah beliau sehingga menjadi satu isu yang besar. Apakah kerana LGBT disokong oleh mereka yang mesra dengan golongan yang berpengaruh di negara ini?

Advertisement

Beliau seorang doktor dan warga negara yang baik yang ingin melihat negara dan rakyat hidup dengan aman dan bahagia. Sepatutnya kerajaan dan kementerian kena berbangga memiliki seorang doktor yang prihatin mengenai kesihatan masyarakat. Bukan hanya membina karier tanpa memperduli apa yang berlaku di luar.

Sudah banyak mengenai hukum dan amaran Allah ditulis oleh golongan agamawan. Sehingga dituduh, ini puak jumud dan takfiri. Inilah nasib malang di Malaysia, apabila ada golongan yang hendak menegur kemungkaran dan makruf maka akan melenting golongan yang membelanya. Akan muncul golongan yang memperalatkan agama untuk menghalal tindakan.

Bagi mereka yang penting kuasa dan undi, mereka sudah menjadi bisu kerana bimbang hilang pengaruh dan kuasa. Takut dituduh fikiran tertutup dan tidak progresif dan tidak rahmat. Tahniah kepada doktor Ilyani semoga tenang bersama keluarga dan anak-anak. Insya Allah masih ramai masyarakat di Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa bersama dengan perjuangan doktor. Mereka merupakan masyarakat yang bermoral dan ingin mengangkat karamah insaniah. – HARAKAHDAILY 14/8/2018

USTAZ IDRIS AHMAD
Naib Presiden PAS
14 Ogos 2018 – HARAKAHDAILY 14/8/2018