Tempatkan projek kereta nasional ketiga di T’ganu

TADI dalam soalan tambahan kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berhubung rancangan projek kereta nasional ketiga,  saya mengucapkan tahniah atas usaha agar projek ini dibiaya sepenuhnya oleh pihak swasta.

Advertisement

Soalan saya, oleh kerana kesemua projek kereta nasional sebelum ini semua ditempatkan di Pantai Barat khususnya Lembah Klang tidakkah patut kerajaan memikirkan untuk menempatkan projek kereta nasional ketiga ini ke Terengganu atau Kelantan bagi meransang pertumbuhan perindustrian di negeri-negeri berkenaan yang masih dalam kategori termiskin?

Tidakkah kerajaan boleh menawarkan insentif-insentif khusus kepada pelaburan berkenaan agar ia boleh ditempatkan di Terengganu agar menyediakan peluang pekerjaan, penempatan industri kecil dan sederhana yang akan menjadi vendor kepada projek berkenaan?

Tidakkah ia boleh membantu mengelakkan lebih ramai belia yang berhijrah ke Lembah Klang dan menambah kesesakan yang sedia ada?

Terima kasih atas respon Menteri bahawa Kerajaan akan mengambil perhatian perkara ini dan akan mengkaji galakan dan insentif sewajarnya.

HAJI AHMAD AMZAD HASHIM 
Ahli Parlimen Kuala Terengganu
15 Ogos 2018 – HARAKAHDAILY 15/8/2018