Gelembung putih pada daging

MINGGU ini tersebar secara meluas gambar daging yang mempunyai gelembung berwarna putih. Katanya daging berkenaan telah dijangkiti oleh kuman Tuberculosis Bovis, sejenis kuman yang disamakan dengan penyakit Tuberkulosis dalam kalangan manusia.

Advertisement

drsuhazeli6Setelah saya selidiki dengan rakan-rakan doktor veterinar, maklumat berkenaan adalah tidak tepat. Tuberkulosis Bovis yang menjangkiti haiwan terlalu sukar tumbuh pada daging atau tulang. Tuberkulosis Bovis dalam haiwan majoriti terdapat dalam paru-paru haiwan berkenaan. Tuberkulosis bovis tidak mudah menjangkiti manusia kerana ianya mempunyai struktur biologi berbeza. Walaupun jangkitan boleh berlaku tetapi terlalu amat jarang. 

Agri-food Veterinary Authority (AVA) Singapura yang bertanggungjawab terus terhadap mutu makanan juga mengulas isu yang sama. Mereka menyatakan bahawa hasil penyelidikan makmal AVA, tiada pun daging-daging seumpama itu dijangkiti oleh penyakit merbahaya termasuk kuman Tb. AVA menasihati orang ramai agar tidak terus menyebarkan berita tidak tepat.

Kajian yang dijalankan oleh Meats and Muscle Biology Section, Dept of Animal Science, Texas Agricultural Experiment Station, mendapati punca gelembung itu terbentuk kerana struktur daging rosak. Pendedahan kepada alam sekeliling dan suhu yang tidak sesuai boleh menyebabkan daging tersebut rosak. Ia juga bukan akibat dari bahan kimia plastik pembungkus atau pengawet yang digunakan.

Pihak berkuasa negara sudah pasti akan memastikan setiap makanan atau daging yang diimport ke dalam negara senantiasa selamat dan halal untuk dimakan. Jika anda mendapati daging atau makanan tidak elok, rosak atau basi, tidak perlulah membeli makanan tersebut. Cari makanan yang bersih, berkualiti dan selamat amat penting demi menjamin kesihatan yang optimum. Jika terdapat penjual yang menjual makanan tidak berkualiti, anda boleh membuat laporan kepada pihak berkuasa tempatan untuk tindakan lanjut. – HARAKAHDAILY 17/8/2018

tidak2

tidak3