PAS sambut baik keterbukaan MIC

PAS menyambut baik keterbukaan MIC yang menunjukkan kesediaan untuk bekerjasama dalam agenda kebajikan rakyat dan keharmonian kaum dalam negara.

Advertisement

Perkara ini dinyatakan di dalam pertemuan di antara Presiden PAS, YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Presiden MIC, YB Senator Tan Sri Dato’ Sri S.A Vigneswaran pada hari Ahad, 19 Ogos 2018 di Pejabat Agung PAS.

Pertemuan tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Presiden PAS, YB Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Agung PAS, YB Dato’ Takiyuddin Hassan dan Ketua DHPP, Encik Balasubramaniam. Manakala di pihak MIC oleh Timbalan Presiden MIC, YB Senator Dato’ Sri S.K. Devamany dan Ketua Pemuda MIC, YB Dato’ Sivarrajah Chandran.

Presiden PAS berkongsi pandangan terhadap kemajmukan kaum dan kepelbagaian agama dalam negara, serta keperluan untuk memberi kefahaman yang sebenar demi mewujudkan keharmonian antara agama.

Presiden MIC menyatakan kesediaan untuk menjalin kerjasama dalam pelbagai aspek demi kepentingan bersama, termasuk kesediaan untuk memberi sokongan terhadap calon PAS dalam PRK N.32 Seri Setia.

Presiden PAS merakamkan setinggi penghargaan kepada Presiden MIC di atas pertemuan yang bersejarah ini, serta menyatakan kesediaan untuk meneruskan usaha dialog antara kaum dan agama, demi mewujudkan perubahan yang lebih baik dalam negara.

Sejahtera Bersama Islam”

SYAHIR SULAIMAN
Setiausaha Politik Presiden PAS
Bertarikh: 7 Zulhijjah 1439 / 19 Ogos 2018 – HARAKAHDAILY 19/8/2018

buka

micc