Bangkit kuasa Islam, Melayu di Seri Setia

BANDAR JENGKA: PAS Kuala Krau akan menghantar petugas bagi membantu PAS Selangor pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Seri Setia pada 8 September ini.

Advertisement

Yang Dipertua PAS Kuala Krau, Shahril Azman Abdul Halim berkata, PAS kawasan itu menghantar jentera pilihan raya untuk membantu memenangkan calon PAS di PRK Seri Setia.

Katanya, kemenangan PAS pada PRK tersebut begitu penting untuk mengimbangi pentadbiran negeri Selangor.

“Selain itu mampu memberi isyarat kepada kerajaan Pakatan Harapan agar jangan cuba melemahkan kuasa Islam dan Melayu,” katanya di sini.

Pada PRK tersebut PAS diwakili bekas anggota Exco kerajaan Selangor, Dr Halimah Ali, 58. Beliau akan ditentang calon PKR sebagai Pakatan Harapan, Halimey Abu Bakar.

PRK Seri Setia diadakan berikutan kematian Adun kawasan berkenaan Prof Dr Shaharuddin Badaruddin meninggal dunia akibat kanser usus, 2 Ogos lalu. – HARAKAHDAILY 20/8/2018