Tingkat hasil, kebersihan jadi fokus utama

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan memberi tumpuan kepada tiga perkara utama dalam aspek pentadbiran selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 14.

Advertisement

Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, pertama meningkatkan ekonomi negeri melalui sumber hasil bumi.

Kedua meningkatkan tahap kebersihan di semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negeri.

“Ketiga menangani gejala sosial yang semakin membimbangkan di seluruh negara dan Kelantan tidak terkecuali.

“Masalah gejala sosial menjadi isu nasional yang berlaku di mana-mana sekarang,” katanya ketika merasmikan majlis penutup Himpunan Penghulu Kelantan di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) petang semalam.

Lebih 800 penghulu yang mewakili penghulu mukim dan penghulu tanpa mukim hadir pada program itu.

Ustaz Ahmad juga berharap semua portfolio Exco memberi tumpuan kepada tiga fokus berkenaan pada penggal ke-14 sekarang. – HARAKAHDAILY 21/8/2018