LKK laksana ibadah korban di Sanglang

ARAU: Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) PAS Pusat telah mengadakan Majlis Korban Perdana yang dilaksanakan di Kampung Kuala Sungai Padang, Sanglang, di sini hari ini.

Advertisement

Program diketuai Timbalan Pengerusi LKK PAS Pusat, Mohd Yusoop Abdul Hamid itu sebagai mengimarahkan ibadah korban sempena Aidil Adha dan sumbangan kepada golongan memerlukan.

Sembelihan lembu korban telah dilaksanakan oleh Adun Sanglang, Mohd Shukri Ramli yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Perlis secara gotong-royong bersama penduduk setempat.

Sempena program ini, LKK PAS Pusat turut menyampaikan sumbangan tunai kepada Mohd Shukri bagi mengadakan majlis kenduri makan tengahari daging korban tersebut.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Hashim Jasin turut berkesudian meluangkan masa hadir bagi menyampaikan agihan daging korban kepada para penerima di majlis tersebut.

Sumbangan korban menerusi LKK PAS Pusat pada kali ini juga turut dilaksanakan di Pulau Pinang, Perak, Selangor, Johor dan Sabah yang merupakan program tahunan lajnah ini. – HARAKAHDAILY 23/8/2018

IMG 20180823 WA0002 01

IMG 20180823 WA0001

IMG 20180823 WA0000