Terjemah nilai pengorbanan bersama masyarakat

KUALA NERUS: Program Korban Perdana dan Kenduri Perdana anjuran Pusat Khidmat Parlimen Kuala Nerus yang diadakan di Padang Batu Enam ternyata memberikan peluang kepada masyarakat tempatan saling berkerjasama membantu segalanya berjalan lancar.

Advertisement

Tiga ekor lembu yang disembelih telah diagihkan dan diproses untuk majlis Kenduri Perdana pada sebelah petang manakala sembelihan diadakan sekitar jam 10 pagi di kediaman Dato’ Dr Mohfd Khairuddin selaku Ahli Parlimen Kuala Nerus di Kampung Baru, Seberang Takir.

Beliau turut sama menyembelih binatang korban dan gotong royong menyediakan masakan untuk kenduri perdana.

Acara tahunan sejak 2013 itu ternyata mendapat sambutan baik dari rakyat tempatan dan sekali gus membuktikan kebersamaan untuk menghayati erti pengorbanan sebenar.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program tersebut dan mengharapkan aktiviti itu boleh dianjurlan pada masa akan datang. – HARAKAHDAILY 23/8/2018