Pengakap muda bantu jemaah haji

m3

MAKKAH: Lebih 4,500 pengakap muda dari seluruh pelosok Arab Saudi bertugas secara sukarela memudahkan urusan jemaah haji di sini yang datang dari seluruh dunia.

Advertisement

Program yang diberi nama “kun awnan” yang bermaksud pembantu itu terdiri daripada pengakap-pengakap muda yang telah dilatih untuk bercakap dalam pelbagai bahasa bagi kemudahan urusan jemaah haji.

Menurut Pengarah Aktiviti Pengakap, Jabatan Pendidikan Makkah, Zaiad Qadeer, pengakap-pengakap muda itu ditempatkan di beberapa lokasi utama sepanjang musim haji berlangsung.

“Pengakap-pengakap ini datang dari bandar-bandar di seluruh Arab Saudi dan mereka telah dilatih untuk bercakap dalam pelbagai bahasa. Ini amat membantu khususnya bagi jemaah haji yang datang dari seluruh pelosok dunia.

“Sumbangan utama mereka adalah untuk membantu jemaah haji yang sesat semasa melakukan ibadah haji,” katanya.

Jelasnya, enam kem pengakap telah dibuka di Makkah ditempatkan di kawasan-kawasan utama ibadah haji.

“Untuk melancarkan gerak kerja sukarelawan ini, enam kem pengakap telah dibuka di Mekah dan ditempatkan kawasan-kawasan utama ibadah haji.

“Selain itu, sukarelawan pengakap ini juga membantu meringankan beban petugas-petugas kesihatan dari Kementerian Kesihatan Arab Saudi,” terang Zaiad. – HARAKAHDAILY 24/8/2018

m1

m2

m3