Seri Setia sedia bawa mesej perubahan

PKR TELAH silap letak calon di Seri Setia. Pengundi berbilang kaum dan pelbagai kelas masyarakat perlukan wakil yang berkelayakan, berpendidikan tinggi, berpengalaman dan punya rekod perkhidmatan yang cemerlang agar mudah memahami dan membawa suara mereka.

Advertisement

Meletakkan yang sebaliknya bermaksud menghina pengundi dan menafikan mereka diwakili oleh wakil yang berkualiti. PAS serius menaikkan calon yang berkualiti kerana itu kita memilih Dr Halimah Ali, bekas Exco dan Adun serta seorang doktor perubatan yang terbukti berkualiti dan bertaqwa.

Saya pasti pengundi rakyat berbilang kaum dan pelbagai kelas kehidupan di Seri Setia menghargai pilihan PAS yang sangat menghormati dan memahami kehendak mereka.

Kerana itu hari ini di Seri Setia rakyat berbilang kaum mula keluar memberi sokongan dan bantuan pada calon PAS selain dukungan kuat dari Umno dan rakan-rakannya.

Biar Seri Setia menjadi pemangkin tuntutan rakyat yang sudah bosan dengan politik kronisma, tipu daya dan fitnah. Janji jangan dimungkiri. Rakyat jangan ditipu. Pemimpin mesti bersih dan bebas rasuah.

Seri Setia akan tunjukkan jalan buat rakyat Malaysia. Ia bermula dengan satu undi buat calon PAS satu undi buat Dr Halimah Ali. – HARAKAHDAILY 24/8/2018