Skim Imam al Ghazali bantu pelajar miskin

KOTA BHARU: Skim Bantuan Imam al Ghazali yang dilancarkan pada 2009 ditambah baik dengan pertambahan jumlah penerima tahun ini.

Advertisement

Seramai 150 pelajar dari sekolah agama Yayasan Islam Kelantan (Yik) mendapat manfaat dari Corporate Social Responsibiliti (CSR) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, bantuan itu sebagai perangsang serta galakan kepada pelajar terus berusaha untuk berjaya dan memberi manfaat kepada rakyat Kelantan.

“Walaupun kita tidak mempunyai kemudahan yang banyak tetapi kita tetap berusaha melalui anak syarikat kerajaan negeri untuk membantu sektor pendidikan,” katanya pada program penyampaian Skim Bantuan Imam al Ghazali di Dewan Teratai, Kota Darulnaim hari ini.

Turut hadir anggota Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Dr Fadzli Hassan; Ketua Pegawai Eksekutif PMBK, Abdul Rashid Mohd Yusoff dan Timbalan Pengarah Yik, Che Kamarudin Kamel Che Muhammad.

Pada majlis itu seramai 75 pelajar daripada keluarga kurang bernasib baik dan berpendapatan kurang RM1,000 sebulan, menerima skim tersebut. – HARAKAHDAILY 4/9/2018