‘Facebook Page’ palsu MB Terengganu

ps1

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dimaklumkan terdapat satu akaun palsu mirip ‘Facebook Page’ beliau.

Advertisement

“Saya dimaklumkan terdapat satu akaun palsu mirip ‘Facebook Page’ saya yang dibuat oleh pihak tidak bertanggungjawab,” ujarnya menerusi laman sosial Facebook.

Katanya, akaun rasmi beliau adalah www.facebook.com/DrAhmadSamsuri , selain daripada itu, akaun tersebut bukan milik dan tidak mewakilinya.

Sehubungan itu, beliau memohon semua untuk ‘report kepada Facebook’ page palsu tersebut untuk mengelakkan kekeliruan. – HARAKAHDAILY 12/9/2018

ps1

ps2