Selamat datang ke Muktamar Tahunan PAS 64

DENGAN penuh rendah diri saya ingin mengucapkan selamat datang kepada semua pimpinan, perwakilan dan pemerhati serta semua pengunjung ke Muktamar Tahunan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kali ke-64.

Advertisement

Muktamar merupakan aktiviti yang sangat penting dalam merencana perancangan masa depan dan dalam waktu yang sama sebagai medan muhasabah bagi menambahbaik perjalanan jemaah ini.

Semoga perbahasan dan perbincangan dalam muktamar pada kali ini, menatijahkan keputusan yang baik, sesuai dengan situasi politik semasa dalam negara kita yang semakin mencabar.

Suasana ini memerlukan kepada para perwakilan memberikan saranan dan pandangan yang boleh membawa Malaysia menjadi sebuah negara yang sejahtera.

Akhirnya, saya juga merakam penghargaan atas pemilihan Terengganu sebagai tuan rumah kepada Muktamar Tahunan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kali ke-64 yang diadakan di Stadium Tertutup Gong Badak.

“Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera”

Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
Menteri Besar Terengganu
Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat – HARAKAHDAILY 13/9/2018