Pendekatan kepada luar adakala tersirat

KUALA NERUS: Pendekatan lemah lembut dan mengutamakan perdamaian amat penting dilaksanakan ketika berhadapan dengan musuh serta dalam hubungan antarabangsa.
 
Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyatakan demikian dalam Ucapan Penangguhan pada Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-64 di Stadium Tertutup Gong Badak, di sini hari ini.
 
Beliau bersandarkan hikmah disebalik kisah Nabi Musa dan Nabi Harun yang diperintahkan berdakwah kepada Firaun serta peristiwa permeteraian Perjanjian Hudaibiyah.
 
Jelas beliau, pendekatan tersebut merupakan politik matang dan sejahtera yang diamalkan para Nabi hingga mengubah kecenderungan dan menjinakkan hati musuh kepada Islam.
 
Melanjutkan cerita, Perjanjian Hudaibiyah itu telah ditanggapi sebagai berat sebelah oleh para Sahabat R.A sedangkan mereka dalam berpakaian ihram dan menyangka Uthman al-Affan telah dibunuh.
 
Terang beliau, Nabi S.A.W sendiri mengimlak Ali K.W untuk menulis kandungan perjanjian tersebut, sehingga ketidakpuasan hati para Sahabat menyebabkan mereka mengabaikan seruan bertahallul.
 
Bagaimanapun jelas Tuan Guru, Perjanjian Hudaibiyah menunjukkan ada yang tersirat, bukan tersurat iaitulah pengiktirafan Madinah sebagai sebuah negara sah. 
 
Juga katanya, kerana mengadakan perundingan untuk mewujudkan perdamaian di mana tidak ada ketegangan menyebabkan banyak orang menerima Islam.
 
Tetapi mereka ujarnya, tidak setia dengan janji yang menjadikan peluang kepada kaum Muslimin menawan Makkah bermaksud mendapat simpati orang ramai.
 
“Akhirnya benar Perjanjian Hudaibiyyah yang tersirat ini.  Betul sebagaimana yang tersirat itu. Menyebabkan pembukaan Makkah. Dan orang masuk Islam berlipat kali ganda selepas perjanjian Hudaibiyyah. 
 
“Peristiwa Hudaibiyyah aspek taat dan wala’ kesetiaan kepada para pemimpin oleh para Sahabat walaupun tidak memahami perkara tersirat yang dirahsiakan. 
 
“Mereka tak korek, nak tahu juga apa rahsianya. Kalau tak tahu rahsia, tak mahu ikut. Ataupun pergi intip Nabi, takut Nabi memakan dedak juga. Intip Nabi, takut makan dedak, ikut perjanjian ini. Pergi intip. 
 
“Mereka taat setia kepada parti, mereka faham ada perkara yang boleh diumum, ada perkara yang tak boleh diumum. Ini sangat menarik. Taat dan wala’,” jelas beliau. -HARAKAHDAILY 16/1/2018
Advertisement