Menuju pemerintahan diktator?

BERKATA menteri yang ada wilayah, “Sekiranya (pusat tahfiz) tidak berdaftar, kami tidak teragak-agak untuk menutupnya”. Demikianlah laporan beberapa media pada 25 September 2018. Kedengaran bagai titah seorang pemerintah diktator. Mungkin juga kerana baru beroleh kuasa.

Advertisement

Malangnya, pusat tahfiz jugalah yang sering menjadi sasaran. Sebelum ini, hanya bila berlaku kebakaran atau guru liwat murid, maka setiap kali itulah ada suara minta pusat tahfiz ditutup. Berbeza alasan kali ini, kerana tidak berdaftar, maka pusat tahfiz itu mesti ditutup dan ia dititah sendiri oleh menteri.

Tahukah anda, di Wilayah yang ada menteri ini juga:

– terdapat 1,086 pusat hiburan tidak berdaftar. (Ketua Penyelaras Benteras Aktiviti Haram Azman Mahmood pada 11 Nov 2017)
– mempunyai 3,000 premis perjudian online beroperasi di Lembah Kelang (Kementerian Wilayah Persekutuan – 29 Julai 2017)
– pusat pelacuran Jalan Petaling menawarkan ratusan pelacur warga asing. Rumah Merah @ Rumah Cinta 15 minit hanya 500 meter dari Ibu Pejabat Polis Trafik Kuala Lumpur. (Harian Metro 10 Julai 2018)

Cegah Yang Mungkar Bukan Cegah Yang Makruf.

Nasrudin Hassan Tantawi
Rabu, 16 Muharram 1440 – HARAKAHDAILY 26/9/2018