7 calon bertanding PRK Port Dickson

PORT DICKSON: Seramai tujuh calon disahkan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson.

Advertisement

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson, Khairy Maamor, mengumumkan calon-calon yang bertanding dalam PRK itu di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson.

Beliau membuat pengumuam itu selepas tempoh proses penamaan calon ditutup pada jam 10 pagi, diikuti bantahan selama sejam selepas itu.

Mereka yang bertanding terdiri daripada calon PAS, Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH) di samping lima calon Bebas iaitu Tan Sri Isa Samad, Saiful Bukhari Azlan, Lau Seck Yan, Stevie Chan Keng Leong dan Kan Chee Yuen. – HARAKAHDAILY 29/9/2018

pd12a

pd13a