PRK PD: Ramai beri sokongan kepada calon PAS

PORT DICKSON: Calon PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Mohd Nazari Mokhtar tiba di pekarangan tempat berkumpul di SMK Datuk Haji Abdul Samad tepat jam 7:35 pagi.

Advertisement

Perarakan mengiringi calon ke pusat penamaan calon akan diiringi oleh para pimpinan kanan PAS, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib-naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad, Dato’ Iskandar Abdul Samad, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato’ Dr Mahfodz Muhammad, Setiausaha Agung PAS, Dato’ Takiyuddin Hassan, Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Dr Rosni Adam, Pengerusi DHPP PAS Pusat, N Balasubramaniam, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Ustaz Mustaffa Daharun dan ramai lagi.

Hingga setakat jam ini, semakin ramai datang berkumpul memberi sokongan kepada calon PAS yang akan berentap pada PRK P.132 Port Dickson menyaksikan kemungkinan lawan lapan penjuru.

Perarakan akan bermula selepas solat hajat pada jam 7:55 pagi yang diimami oleh Timbalan Presiden PAS.

Hari ini merupakan hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P.132 Port Dickson bertempat di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson.

Perarakan calon PAS bergerak pada jam 8:10 pagi yang dijangka jaraknya satu kilometer dari tempat berkumpul ke pusat penamaan calon.

Tempoh masa untuk mengemukakan Kertas Penamaan Calon akan bermula dari jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi. – HARAKAHDAILY 29/9/2018

pd8

pd2

pd3

pd4

pd5

pd6

 

 

 

 

pd7

pd9