Sumbangan untuk mangsa tsunami di Sulawesi

BADAN Perhubungan PAS Negeri Kedah melahirkan rasa sedih dan dukacita terhadap peristiwa gempa bumi dan tsunami yang melanda Sulawesi, Indonesia sehingga mengorbankan lebih 800 nyawa.

Advertisement

PAS Kedah berharap saudara-saudara kita di sana dapat bersabar dalam menghadapi ujian yang telah ditentukan oleh Allah SWT dan berdoa semoga segalam kesulitan yang sedang dihadapi dapat diatasi sebaiknya.

musodakSehubungan itu, PAS Kedah akan membantu meringankan bebanan mangsa tragedi gempa bumi dan tsunami tersebut dengan menghulurkan bantuan sekadar termampu.

PAS akan menggerakkan jentera di peringkat kawasan untuk mengadakan kutipan sumbangan dari orang ramai di beberapa lokasi tumpuan awam. Sesiapa yang prihatin untuk membantu mangsa bencana di Sulawesi tersebut, boleh menghulurkan sumbangan seikhlas hati.

Segala sumbangan akan dihantar terus kepada mangsa gempa bumi dan tsunami di Sulawesi melalui badan NGO-nya iaitu PASRelief.

Sesiapa yang ingin menyumbang boleh menghubungi Pejabat Perhubungan PAS Negeri Kedah (04-7481122) atau menyumbang secara online melalui akaun Maybank 552170001133 (Majlis Tindakan Bencana Alam BPPNK).

Semoga Allah SWT membalas jasa baik para penyumbang.

MUSODAK AHMAD
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah
30 September 2018 – HARAKAHDAILY 30/9/2018