Negara kehilangan tokoh Al-Quran

“SESUNGGUHNYA kita milik Allah dan sesungguhnya kita akan kembali kepada-Nya.”

Advertisement

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merakamkan ucapan takziah atas pemergian tokoh yang sangat dihormati dalam bidang Al-Quran iaitu Almarhum Sahibul Fadhilah Tan Sri Hassan Azhari.

Sesungguhnya beliau ialah seorang al-muqri’, alim dalam segenap ilmu al-Quran dan tidak jemu untuk mendidik masyarakat untuk berdampingan dengan kitab yang mulia ini. Pemergiannya ibarat kehilangan sebuah permata yang sangat berharga.

Marilah kita bersama-sama mendoakan agar ruhnya ditempatkan bersama para anbia, siddiqin, syuhada dan solihin. Semoga keluarga al-Marhum tabah dan sabar dengan ujian Allah.

NASRUDIN HASSAN
Ketua Penerangan PAS Pusat
27 Muharram 1440 | 7 Oktober 2018 – HARAKAHDAILY 7/10/2018