PAS-Umno: Penulis pro PH buta sejarah

TADI saya membaca tulisan Penulis Kanan Sinar Harian, Wan Haron Wan Hassan yang menganggap PAS telah berubah wajah kerana “bersekongkol dengan Umno” dan “bekerjasama dengan Umno”.

Advertisement

Walaupun penulis kanan, tetapi penulisan itu ternyata buta sejarah. Bahawa PAS sejak awal 1970-an lagi telah membahaskan hukum kerjasama dengan Umno dari sudut pandangan syariat. Ada tiga kertas telah merekodkan pembentukan pendirian PAS dalam soal ini.

I)     Masalah Kerajaan Campuran Perikatan-PAS di Malaysia Barat 1972 yang disusun oleh Ust Abu Bakar Hamzah, Setiausaha Agung PAS;

II)     Penjelasan Terhadap Beberapa Pertanyaan Tentang Kerajaan Campuran; dan

III)     Pendapat dan Pandangan Ulamak-ulamak PAS Dalam Perjumpaannya.

Ketiga-tiga kertas ini adalah perbahasan hukum berdasarkan nas-nas syarak oleh para ulamak PAS tentang kerjasama dengan Umno dan Perikatan. Sepanjang era kepemimpinan Pak Yusof Rawa dan Ustaz Fadzil Mohd Noor, mereka telah mengambil langkah-langkah untuk bekerjasama dengan atas berdasarkan Islam.

Bagi penulis yang pro PH mereka memang membutakan hati dalam soal ini, dan suka membuat fitnah untuk memburukkan PAS. Sedangkan wajah PAS belum berubah selagi ia berpegang dengan al-Quran, Sunnah, Ijmak dan Qias sebagai landasan hukumnya.

MOHD FADLI GHANI
Head House of Resources Pusat Penyelidikan PAS Pusat – HARAKAHDAILY 8/10/2018