Kelantan perkasa sektor pertanian

KOTA BHARU: Kelantan memperkasakan lagi sektor pertanian yang menjadi penyumbang kedua kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).

Advertisement

Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, sektor pertanian menjadi penyumbang kedua terbesar kepada KDNK Kelantan.

Katanya, Ekspo Tani dan Ekspo Hijau Negeri Kelantan yang diadakan dua tahun sekali sebagai menghargai sumbangan golongan petani, penternak dan nelayan.

“Sumbangan mereka sangat besar kepada pertumbuhan ekonomi Kelantan,” katanya selepas merasmikan Ekspo Tani dan Ekspo Hijau Negeri Kelantan 2018 di Dataran Stadium Sultan Muhammad ke IV hari ini.

Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Dato’ Abdullah Ya’kob; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Nazran Muhammad dan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau, Ustaz Tuan Saripuddin Tuan Ismail.

Ekspo bertema Kelantanku Jelapang Makanan Negara – Melestari Hijau Bestari itu diadakan bermula hari ini sehingga Ahad.

Pelbagai program menarik, pameran agensi kerajaan dan jualan hasil serta produk pertanian diadakan. – HARAKAHDAILY 11/10/2018