Calon PAS santuni pengundi

c1

PORT DICKSON: Calon PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Lt. Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar menyantuni pengundi ketika melawat pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Linggi sebelum meninjau tempat mengundi yang lain.

Advertisement

Nazari tiba di pekarangan pusat mengundi itu jam 9.00 pagi diiringi Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.

Beliau turut menemui pegawai-pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bertugas bagi melancarkan perjalanan PRK Port Dickson.

Suasana di pusat mengundi yang dibuka jam 8.00 pagi tadi berada dalam keadaan terkawal. Semua pusat pengundian ditutup jam 5.30 petang.

Seramai 68,317 pengundi akan menunaikan kewajipan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, hari ini

Sebanyak 154 saluran dibuka meliputi 32 pusat mengundi di daerah ini.

Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan oleh penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 68, pada 12 September lalu bagi membuka peluang calon PH Dato’ Seri Anwar Ibrahim kembali ke Dewan Rakyat.

Parlimen Port Dickson memiliki 75,770 pengundi berdaftar daripada lima Dewan Undangan Negeri (Dun) iaitu Linggi, Bagan Pinang, Sri Tanjung, Chuah dan Lukut, merangkumi 43 peratus pengundi Melayu, Cina (33 peratus), India (22 peratus) dan lain-lain kaum (2 peratus). – HARAKAHDAILY 13/10/2018

c2