Menang atau kalah bukan alasan

PORT DICKSON: “Menang atau kalah bukan alasan kerana PAS berjuang untuk menegakkan agama Allah,” kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Riduan Mohamad Nor.

Advertisement

Katanya, PAS sudah 67 tahun berada di persada siasah, dakwah dan tarbiyah.

“Kalau nak menang mudah, jadilah parti prakmatis. Nak Ya Hanana (qasidah) boleh, nak Oktoberfest diizinkan,” ujarnya.

Menurutnya, PAS bukan parti sedemikian kerana mempunyai prinsip dan dasar yang jelas.

Jelasnya, watak sebagai pendukung perjuangan Islam sepanjang zaman adalah saling tolong menolong antara satu sama lain dan mengajak kepada kebaikan serta mencegah kemungkaran.

Beliau hadir di sini memberi sokongan kepada calon PAS pada PRK Port Dickson, Lt. Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar. – HARAKAHDAILY 13/10/2018