PRK PD: RM141,623 berjaya dikumpul

c8

ALHAMDULILLAH selepas saya tular dalam FB dan WhatsApp daripada 1 hingga 12 Oktober 2018 telah berjaya mengumpul sebanyak RM141,623 untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson (PD) ke dalam akaun PAS Pusat.

Advertisement

Terima kasih banyak -banyak kepada penyumbang yang baik hati. Tidak ada lafaz yang saya boleh tutur selain syukur kepada Allah kerana masih ramai insan yang sanggup berbudi kepada perjuangan PAS.

Saya hendak mengalir air mata apabila ada yang derma RM10 tetapi berbaki dlm akaun tidak sampai RM20. Besarnya jiwa insan ini.

Semoga Allah murahkan rezeki dijauhkan mala petaka, disembuhkan penyakit yang merbahaya, dikabulkan segala hajat mereka. Amin.

USTAZ IDRIS AHMAD
Naib Presiden PAS
Timbalan Pengarah JK Induk PRK PD
13 Oktober 2018 – HARAKAHDAILY 13/10/2018