Usah undang tragedi menimpa Sulawesi

KANGAR: Rakyat negara ini diharap tidak bersekongkol dengan kumpulan lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT) bagi mengelakkan bala seperti melanda Palu dan Donggola, Sulawesi.

Advertisement

Adun Guar Sanji, Ustaz Mohd Ridzuan Hashim berkata, usah kita mengundang bala Allah dengan membiarkan program Kissing Krist & Signto Ist Fan Meeting yang dikaitkan dengan artis LGBT dari Thailand.

Katanya, program dikatakan akan diadakan Sabtu di Petaling Jaya selepas gagal mendapat tempat di Auditorium Muzium Negara.

“Belum pun reda tsunami dan gempa bumi yang Indonesia asbab maksiat yang dilakukan, kini heboh pula Malaysia dengan mengundang artis LGBT dari negara jiran,” katanya di sini.

Sebelum ini poster program bertajuk ‘Kissing Krist & Singto’ tular di laman sosial.

Baru-baru ini Jabatan Muzium Malaysia membatalkan penganjuran program sesi bertemu peminat, ‘Thailand Fans: Together in Kuala Lumpur’ yang dijadualkan berlangsung di Auditorium Muzium Negara, Sabtu ini.- HARAKAHDAILY 16/10/2018