Manifesto PH janji tapi royalti terhalang

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyatakan pembayaran royalti petroleum kepada negeri di bawah pemerintahan PAS, Kelantan dan Terengganu terhalang.

Advertisement

Meskipun Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah bersetuju untuk mengembalikan pembayaran royalti kepada negeri-negeri yang mempunyai petroleum sebagaimana dijanjikan dalam Manifesto Pakatan Harapan namun sehingga kini pembayaran tersebut masih belum terlaksana.

Memuatkan kenyataan tersebut dalam akaun Facebook Tuan Guru semalam sebagai mendesak veteran DAP, Lim Kit Siang untuk mengesahkan perkara tersebut kepada Menteri Kewangan sekiranya beliau mahukan bukti.

Tuan Guru Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang memuatkan kenyataan tersebut bagi menbidas tuduhan Lim yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri mendakwa Abdul Hadi akan terus menghina politik Islam jika berterusan menuduh DAP mendiskriminasi pembangunan di Pantai Timur.

“Perdana Menteri telah bersetuju untuk mengembalikan royalti terus kepada negeri sebagaimana dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan.

“Namun, pembayaran kepada Kelantan dan Terengganu terhalang, Jika saudara Lim Kit Siang mahukan bukti sila tanya Menteri Kewangan,” tulisnya sebagai membidas tindakan Lim yang memuat naik kenyataanya di akaun Twitternya. – HARAKAHDAILY 21/10/2018