Tanah runtuh: Jangan lepas tangan…

KERAJAAN sewajarnya memandang serius lebih-lebih lagi berkaitan tanah runtuh yang berlaku di Bukit Kukus, Pulau Pinang apabila pihak berkuasa gagal mencegah kejadian tanah runtuh yang telah meragut nyawa.

Advertisement

alias hamidSaya mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban berkaitan tragedi tanah runtuh di tapak pembinaan lebuh raya berkembar Bukit Kukus, Pulau Pinang. Sehingga laporan hari ini tujuh mangsa terkorban yang melibatkan warga asing.

Sejak akhir-akhir ini, sebanyak 700 kes tanah runtuh dan kegagalan cerun untuk tahun ini yang disebabkan faktor hujan lebat luar biasa. Jelaslah di sini bahawa isu kes tanah runtuh ini bukanlah isu yang boleh dipandang ringan apabila melibatkan nyawa.

Faktor utama berlakunya tanah runtuh apabila manusia rakus dalam pembangunan yang tidak terkawal di kawasan cerun dan menebang pokok secara tidak teratur yang menjejaskan alam sekitar.

Kenyataan pihak kerajaan Pulau Pinang untuk meneruskan projek pembangunan infrastruktur di kawasan cerun bukit, termasuk di projek Jalan Berkembar Bukit Kukus setelah berlaku tanah runtuh serta tidak mahu untuk mengkaji semua projek di kawasan cerun bukit walaupun mendapat tentangan daripada NGO.

Saya mengesa agar Kerajaan segera mengambil tindakan yang sewajarnya bagi mengenal pasti punca sebenar insiden ini dan melakukan langkah-langkah yang proaktif untuk meningkatkan aspek keselamatan di mana-mana kawasan pembinaan yang bercerun memandangkan kapasiti pemantauan Kerajaan amat lemah.

Jelaslah di sini bahawa bukan kerajaan Pulau Pinang sahaja yang perlu bekerjasama dengan semua agensi untuk menangani masalah tanah runtuh dan penerokaan hutan yang tidak terkawal tetapi semua kerajaan negeri memainkan peranan yang penting.

“Islam Memimpin”

YB Tuan Che Alias Hamid
Parlimen Kemaman
22 Oktober 2018 – HARAKAHDAILY 22/10/2018